topbella

JAMU WARISAN BONDA

Harga RM 15.00
30biji

Assalamualaikum dan salam ukhwah….

Eirdinnashoppe ingin berkongsi khasiat jamu warisan keluarga kami dengan anda.

 Jamu warisan bonda ini dicipta untuk kesihatan dan kesejahteraan wanita dan lelaki samada yang sudah berumah tangga atau belum.

 Herbanya adalah asli,tiada bahan kimia dan dijamin selamat. Mudah untuk dimakan.

Jamu ini adalah rahsia turun temurun keluarga. Ianya diadun secara tradisional tanpa penggunaan kaedah moden.









Catatan sejarah….

Sejarah jamu ini bermula daripada moyang, dan diturunkan kepada nenek dan seterusnya ibu tercinta.

 Rahsia dan khasiat  daun daun dan ramuan jamu ini adalah hasil dari moyang saya yang merupakan bidan kampong yang terkenal suatu masa dahulu.

Semasa kecil saya sempat mengikut nenek saya yang saya panggil ‘opah’ ke hutan dan kebun bagi mencari dedaun herba yang menjadi bahan utama jamu ini. bahan –bahan jamu ini selepas itu dijemur dibawah panas matahari sebelum dikisar halus.

pada masa  itu jamu ini hanya dijual serbuk oleh nenek saya dari rumah ke rumah dan secara pesanan daripada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.

 Saya pada waktu itu turut mengambil jamu tersebut walaupun dizaman anak dara. Ianya dimakan secara menggentel bulat.

Kini ianya diusahakan oleh orang kampung saya yang mengambil resepi turuntemurun ini dan ianya dipermudahkan lagi dengan dikapsulkan untuk memudahkan pengguna menelan pil tersebut bersama air kosong.




Perhatian…
Untuk perhatian pengguna ianya adalah bersih dan halal dan tiada ditoko-toko  jamu terkenal ataupun difarmasi.




Cara pengambilan jamu

Pertama kali           2biji pagi     2biji malam
(boleh dikurangkan pengambilan bagi pengguna yang baru mencuba)

Nasihat :
1.Anda dinasihatkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semasa pengambilan jamu ini. Ianya untuk memberi kesan yang lebih baik.

2. jamu ini juga sesuai untuk lelaki dan perempuan yang belum berumahtangga dan berumur 18 tahun ke atas.




AMARAN!
Wanita mengandung dan kanak kanak dilarang sama sekali mengambil jamu ini



Cadangan

  • Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin yang tercari cari apakah ubat yang sesuai untuk perawatan peranakan selepas bersalin.

  • Anda tidak perlu memperuntukkan banyak wang untuk membeli produk berjenama yang mahal tetapi keberkesanannya kurang..

  •  jadi marilah bersama-sama mencubanya kerana ianya dedaun herba yang diadun asli daripada resepi moyang saya iaitu bidan kampong tersohor suatu masa dahulu .


  • insya Allah. Saya hanya ingin berkongsi khasiat bersama-sama anda, Insya Allah. Mari cuba kawan-kawan…




Khasiat/kemujaraban/InsyaAllah..

  1. Mengurangkan kebas dan kesejukan akibat tersalah makan, makanan yang sejuk
  2. Mengatasi masalah banyak angin dlm badan
  3. Mengatasi masalah sengal badan, sakit pinggang, sakit tumit dan lutut
  4. Wanita lepas bersalin/ dalam pantang. Dapat mengecutkan rahim dengan cepat 
  5. Menjaga peranakan 
  6. Melancarkan perjalanan darah 
  7. Menjadikan wanita awet muda 
  8. Kebaikan untuk lelaki ialah utk kekuatan serta kecerdasan tubuh badan zahir batin.
  9. Menghangatkan badan
  10. Mengembalikan semula keharmonian rumahtangga dan hubungan suami isteri

Rahsia ramuan daun-daun herba antaranya ialah:
  • Daun teming kucing
  • Daun melur hutan
  • Daun ruku
  • Daun seligi budak
  • Daun senduduk ungu
  • Daun manggis
  • Daun misai kucing
  • Daun rokok sakai
  • Daun sena guri
  • Isi kunyit
  • Isi bolai